2 Kapal Perang Filipina Bersedia Di Sempadan

1 comments
MANILA 5 Mac - Dua kapal Pengawal Pantai Filipina diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di Zamboanga City atas kemungkinan dihantar ke perairan sempadan Malaysia-Filipina bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara ini yang terjejas akibat ketegangan insiden pencerobohan ke atas Sabah.
Jurucakap Pengawal Pantai, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, kapal mencari dan menyelamat PCG BRP Edsa (SARV 002) dan BRP Davao del Norte (SARV 3504) kini ‘sedang menunggu arahan daripada Jabatan Hal Ehwal Luar untuk ditempatkan di sempada antara kedua-dua negara jiran ini’.
"Ekoran misi itu adalah untuk tujuan kemanusiaan, kami berharap kerajaan Malaysia akan membenarkan kapal-kapal tersebut membawa pulang rakyat Filipina yang mahu meninggalkan Sabah ketika ketegangan antara pasukan keselamatan Malaysia dengan tentera Sultan Sulu berterusan," katanya yang dipetik oleh Inquirer.net.
Balilo berkata, kedua-dua kapal itu akan membantu dalam operasi pemindahan atau penghantaran pulang rakyat Filipina dari timur laut Sabah. - AGENSI

Sebenarnya Jamalul Kiram III Bukan Sultan SULU

0 comments
KUALA LUMPUR - Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.

Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram III tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.
Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).

Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.

"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.
Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhan persekutuan Malaysia.
Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagaiketurunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.
Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.

"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan. ~bernama

Israel Uji Sistem Pertahanan Rudal

0 comments


Nazaret – PIP: Kementrian Pertahanan Israel dan Biro Pertahanan Rudal Amerika diberitakan telah berhasil melakukan ujicoba sistem pertahanan anti rudal terbaru mereka, David Sling (Ketapel Daud). 
Sistem pertahanan ini juga dikenal dengan sebutan Magic Wand atau “Tongkat Sihir”. Uji coba yang dilakukan di Gurun Negev pada Minggu 25 November 2012, ini konon berjalan dengan sukses. 

 Sistem pertahanan rudal ini dikembangkan oleh departemen pertahanan Israel bekerjasama dengan industri pertahanan Israel, Rafael Advanced Defense Systems. Selain itu, perusahaan senjata asal Amerika Serikat, Raytheon Company, juga turut andil mengembangkan sistem pertahanan udara terbaru Israel ini. Atas kesuksesan ujicoba ini makan akan ada kemungkinan penggelontoran dana untuk melanutkan dalam proyek memproduksi sistem pertahanan ini. Demikian menurut surat kabar Israel Yedeot Aharonot. Sistem pertahanan ini konon didesain untuk menangkal rudal balistik jarak dekat, roket kaliber besar, dan rudal penjelajah. Sistem ini bisa menangkal roket yang diluncurkan dari jarak 70 kilometer hingga 300 kilometer. Rencananya mulai dioperasikan pada tahun2014.

 Yedeot Aharonot mengatakan, “Sistem ini didesain untuk menangkal roket Hizbullah yang ditembakkan dari Libanon. Israel membutuhkan sistem ini agar menjadi fokus pada sistem pertahanan udara dan memberikan solusi atas sejumlah roket balistik jarak pendek, roket berukuran besar, rudal penjelajah. 

Apabila proses pengembangan sistem ini mengalami kemajuan seperti yang direncanakan, maka sistem ini akan mempu menghalau apapun misil yang ditembakkan pada jarak paling pendek 70 kilometer. Disebutkan bahwa selama agresi militer ke Jalur Gaza yang diberi nama “Pilar Awan” Israel menggunakan sistem pertahanan rudal “Iron Dome” atau Kubah Besi. 

Namun dari 1600 roket yang ditembakan dari Jalur Gaza, sistem perlawanan Iron Dome Israel ini hanya mampu menangkal 421 roket saja. Karena itu Israel tetap ketar-ketir dengan ancaman serangan roket dari lawan di sekitarnya. The Jerusalem Post memberitakan Pasukan Pertahanan Israel memperkirakan ada 200. 000 roket yang siap dtembakkan ke wilayahnya dari Iran, Suriah, Libanon dan Jalur Gaza. Dalam mengembangkan sistem anti rudal Iron Dome, Israel mendapatkan bantuan dana sebesar 200 juta dolar dari Amerika Serikat. Rencananya Amerika juga akan menggelontor entitas Zionis ini dengan dana sebesar 600 juta dolar untuk menambah baterai-baterai peluncur dan penggantian rudal. Karena dinilai terlalu mahal dan tidak efisien menangkap serangan ratusan dan bahkan ribuah misil yang ditembakkan lawan-lawan Israel, Israel kemudian melakukan ujicoba sistem Tongkat Sihir pada Ahad (25/11) lalu. (asw)

Tentera Israel Menerima Ancaman Melalui SMS

0 comments

Selepas seminggu perang tentera yahudi zionis laknatullah terhadap Gaza tamat, satu khabaran buruk mengejutkan tentera yahudi zionis laknatullah.

Satu ancaman menerusi SMS yang dihantar kepada setiap tentera Israel.

SMS itu berbunyi "Kami akan menukar Gaza menjadi kuburan buat kalian dan membakar Tel Aviv!"

SMS itu dihantar hampir ke semua kakitangan tentera Israel.

Tiak ada seorang pun tentera yahudi zionis laknatullah yang mengaku pernah memberi nombor telefon mereka. "Saya pernah bertemu dengan sejumlah lelaki dari Jihad Islam semasa latihan ketenteraan saya, tapi saya tidak pernah mendedahkan butiran peribadi saya kepada mereka," kata seorang tentera rejim yahudi laknatullah itu.

"Saya bahkan tidak mempunyai akaun Facebook atau apa pun yang boleh membantu mereka menghubungi saya. Ini sangat pelik, "katanya lagi.

Menurut Information Security IDF (kesatuan tentera Israel) sepanjang Operation Pillar of Defence, Jihad Islam lah yang mengirimkan ribuan mesej ancaman itu.

"Mungkin salah satu tentera dalam senarai unit cadangan kami telah mengupload data kami ke Google Docs," kata seorang tentera IDF

Misteri Tiba-Tiba Lantai Garaj Panas

0 comments

SEREMBAN – “Saya dan isteri cuba buat eksperimen dengan menumpahkan air satu jag di atas lantai. Memang mengejutkan kerana lantai itu kering dalam masa beberapa minit sahaja,” kata Abdul Rahman Gumpal, 71, yang dibelenggu misteri apabila lantai garaj rumahnya secara tiba-tiba menjadi panas.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari berlaku jam 9 malam kelmarin ketika dia dan isterinya pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid.

“Ketika memijak kaki di lantai garaj, saya menyedari ia panas luar biasa. Jadi, saya memanggil isteri untuk memberitahu kejadian itu dan dia juga turut terkejut dengan apa yang berlaku.

“Tapi yang menghairankan kesan panas hanya dirasai di satu tempat berhampiran pintu masuk rumah sahaja dan bukannya di keseluruhan kawasan garaj,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Abdul Rahman, dia kemudian meminta rakannya untuk mengenal pasti punca kejadian itu kerana berkemungkinan membabitkan kabel di dalam tanah.

Bagaimanapun rakannya mencadangkan agar dia menghubungi pihak bomba sahaja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Saya menghubungi Balai Bomba Senawang dan pegawainya datang membuat pemeriksaan. Tapi mereka sendiri berasa pelik dengan kejadian itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Mineral dan Geosains negeri untuk siasatan lanjut.

“Kejadian ini memang menakutkan saya dan isteri kerana hampir 30 tahun mendiami rumah ini, inilah pertama kali berlaku,” katanya.

Abdul Rahman yang merupakan pesara tentera berkata, apa yang membimbangkannya ialah kesan panas terbabit mula merebak ke tempat lain.

Katanya, dia dan isteri bimbang untuk memijak lantai itu kerana takut ia meletup disebabkan tekanan dalam tanah.

“Malam semalam (kelmarin) hanya di kawasan garaj rasa panasnya, tapi sekarang sudah merebak ke bahagian pintu.

“Ada rakan saya cakap mungkin buatan sihir, tapi saya tidak fikir macam itu kerana saya tidak mempunyai musuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian pelik seumpama itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini air dalam lubang tandas rumahnya secara tiba-tiba ‘menggelegak’ sehingga mengeluarkan bunyi.

Abdul Rahman berkata, kejadian itu berlaku seolah-olah ada tekanan di bawah tanah rumahnya, namun ia kembali normal selepas beberapa jam.

“Saya ada membuat bacaan Yasin dan menyiram air ke atas jubin berkenaan namun tetap tidak berkesan.

“Jadi sekarang saya dan isteri hanya menunggu Jabatan Mineral dan Geosains negeri datang untuk membuat pemeriksaan. Saya cuma berharap kejadian misteri ini berakhir segera,” katanya.

Golongan Yang Paling Suka Perkara Khurafat

0 comments

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman, sedang Sulaiman tidak menyihir, tetapi syaitan-syaitan itulah yang menyihir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat, Harut dan Marut di Babylon dan tidaklah mereka mengajarkan kepada seorang pun sehingga mereka berkata, “Kami ini hanya cobaan, kerana itu jangan kamu belajar sihir”. Lalu mereka belajar dari dua malaikat itu apa yang mereka dapat menceraikan antara seseorang dengan isterinya. Padahal mereka tidak dapat membahayakan kepada seorang pun dengan sihir itu, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka belajar sesuatu yang membahayakan mereka, dan yang tidak berguna bagi mereka. Demi, mereka sungguh telah meyakini, bahawa siapa yang membelinya (sihir), maka baginya tidak ada bahagian sedikit pun di akhirat. Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui, “(QS. Al-Baqarah: 102).

KHURAFAT ialah sesuatu yang dibuat-buat atau dongeng-dongeng yang tidak ada asas pembuktian kebenarannya. Termasuk di dalam pengertian khurafat ialah sihir. Sihir oleh orang-orang Yahudi dianggap sebagai ilmu yang diwariskan oleh Nabi Sulaiman kepada Ummat manusia.Hal ini disangkal oleh Allah dalam ayat di atas.Segolongan pendeta Yahudi dengan sikap pura-pura bodoh terhadap ajaran-ajaran Taurat dengan sengaja melemparkan Kitab suci Taurat, kemudian mereka mengikuti dan mengamalkan sihir yang diterimanya dari syaitan-syaitan pada zaman Sulaiman bin Daud.Bangsa Yahudi beranggapan bahawa Nabi Sulaimanlah orang pertama yang mempunyai koleksi buku-buku sihir, kemudian menanam buku-buku tersebut di bawah singgahsana kerajaannya.
Kemudian dari tempat inilah Bangsa Yahudi menukil dan menyebarkan ilmu sihir. Cerita semacam ini jelas merupakan kebohongan yang dengan sengaja dilontarkan oleh Bangsa Yahudi atas nama Nabi Sulaiman.Sihir adalah suatu usaha untuk menipu dan mengelabui mata manusia. Para ahli sejarah meriwayatkan bahawa ahli-ahli sihir Firaun menggunakan air raksa untuk merubah tali-tali, tongkat-tongkat bergerak laksana ular yang sedang berjalan sehingga mata orang awam terpedayakan dan memercayainya apa yang dilihatnya benar-benar ular.

Dari sinilah sebenarnya pangkal tolak sihir boleh memukau manusia. Sihir dengan bentuk dan kerjanya seperti ini boleh mempunyai pengaruh untuk menanamkan angan-angan pada diri manusia, sehingga yang bersangkutan dapat dikawal perasaan dan fikirannya.Bangsa Yahudi dengan keyakinannya yang sesat, bahawa Nabi Sulaiman sebagai guru sihir telah menjadikan sihir sebagai alat untuk melakukan ke rusakan di tengah masyarakat.

Mereka menggunakan sihir untuk menimbulkan pertengkaran dan perceraian antara suami isteri. Bahkan mereka mempunyai buku panduan untuk menimbulkan rasa kebencian antara suami isteri.Ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa salah satu dari jenis sihir yang oleh orang Yahudi dipandang sebagai alat ampuh untuk mencipta malapetaka, sesungguhnya adalah anggapan yang tidak benar. Sebab seseorang memperoleh malapetaka hanyalah kerana kehendak Allah. Allah telah menetapkan undang-undang sebab akibat (prima causa) yang tidak dapat dilanggar ataupun dihapuskan oleh kemahuan manusia sendiri, sekalipun dengan cara-cara sihir.

Bangsa Yahudi dengan kepercayaan kepada sihir yang boleh dijadikan alat menimbulkan penderitaan dan kesusahan kepada manusia telah menjadi sasaran kebencian umat manusia. Sebab orang yang senang menimbulkan penderitaan orang lain sudah tentu dijauhi oleh masyarakat. Pengalaman kita menyaksikan bahawa orang-orang yang melakukan pekerjaan sihir mengalami hidup kefakiran dan kehinaan.Taurat telah melarang Bangsa Yahudi mempelajari sihir. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang-orang yang mengikuti bisikan syaitan dan dukun sama dengan hukuman bagi penyembah berhala dan patung.

Perbuatan Bangsa Yahudi mengikuti ajaran-ajaran sihir menunjukkan bahawa mereka tidak beriman kepada Kitab Taurat. Kerana Taurat telah melarangnya. Begitu pula Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sebagai Nabi yang telah dijanjikan dalam Kitab Taurat juga telah melarang sihir dan mengajak mengikuti tuntunan wahyu. Namun, Bangsa Yahudi bahkan mengingkari ajaran wahyu dan lebih patuh mengikuti para pendeta mereka yang mengajarkan khurafat dan sihir. SUMBER

Kelebihan Janggut Pada Seorang Lelaki

0 comments
Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’.

Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.