Awas ! Jamaah Dakwah Tabligh SESAT...

0 comments
 Terbaca Tajuk diatas setengah orang ada merasa gembira, setengah orang lagi mungkin merasa sedih, kerana ada sebahgian umat islam pada hari ini dan juga ulama-ulama Wahabi memfatwakan bahawa Jamaah tabligh jamaah yang sesat ( mereka kafir ). bab menuduh seseorang / segolongan / satu jamaah dengan perkataan sesat bukan masalah kecil dalam Agama islam kita. Banyak hadis nabi yang sahih melarang kita untuk berbuat demikian. Siapa kafir ? Wahabi ke Tabligh? Siapa kafir siapa tak kafir itu bukan niat / maksud saya.

maksud saya disini ialah saya ingin mengajak anda / siapa saja untuk telitikan kembali / mendalami kembali tentang jamaah tabligh sebelum mengeluarkan hukum / fatwa. jangan hanya dengar melalui orang dan terus memberi fatwa, kerana fatwa itu akan dianuti dan dipegang disandarkan hukum kepadanya.

Dalil dakwah:
Dalam alquran allah perintah kita untuk dakwah dan tabligh, firman allah.
A104
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Dalam atat ini sudah Ijmak ulama ( sepakat ) bahawa Hukum dakwah dan tabligh adalah Ferdhu ( WAJIB ).
Ferdhu itu Ferdhu Apa? kerana dalam islam kita ada dua Ferdhu:
Ferdhu Ain ( tiap-tiap mukallaf diwajibkan )  dan Ferdhu Kifayah ( ada sebahgian orang buat kita lepas ), dalam hal ini ada dua khilaf antara ulama.

1: setengah dari ulama mereka mengatakan dakwah dan tabligh adalah Ferdhu ain. mereka membawa banyak dalil untuk menyokong pendapat mereka.

2: seabhgian ulama pula mereka mengatakan dakwah dan tabligh adalah ferdhu kifayah, sekiranya ada orang sudah melakukan maka kita pun terlepas dari tanggungjawap. Dan mereka pun membawa banyak dalil bagi menyokong pendapat mereka. Baik.. Mengikut apa yang saya ( ustazcambodia ) tahu, dalam hal ini para ulama hanya ada dua kekhilafan saja, tentang ferdhu ain @ ferdhu kifayah? itu saja.

tidak ada ulama yang mengatakan SUNAT / MAKHRUH / HARUS, lagi tidak ada yang mengatakan SESAT. kerana dalam ayat itu memang dakwah dan tabligh diperintahkan oleh allah SWT.

baiklah... sekiranya ada sebagian umat islam mengatakan dakwah tabligh jamaah sesat, meraka mengambil dalil dari mana? banyak hadis nabi menyuruh kita berdakwah dan tabligh dan dalam alquran pun ada diperintahkan?

Saya berharap anda / siapa saja dapat faham dalam masalah ini, Saksikan Video dibawah ini......



author

Ucapan Dari Admin

Terima kasih kerana memberi sokongan, Banyak kekurang dalam blog ini sebab saya pun masih sangat baru dalam dunia IT ini, dapat banyak ini pun kira alhamdulillah, Akhir kata saya kalau sesiapa yang ingin melancong Jom pergi kemboja, kata orang menyaksikan kehidupan orang yang lebih fakir dari kita membuatkan nikmat kesyukuran mudah dirasai.

0 comments:

Post a Comment