Cara Supaya Lebih Matang..

0 comments
Dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah, banyak aktiviti seharian perlu secara bijak diimbangkan oleh kita semua, antara kerjaya, keluarga dan masyarakat. Ada pun aktiviti membaca, setiap hari kita mesti memenuhi kuota membaca bahan-bahan berikut:

1. Al-Quran

2. Buku atau artikel yang membangunkan kualiti diri (buku ‘agama’, motivasi dll)

3. Bahan bacaan berkaitan kerja masing-masing untuk meningkatkan integriti dan kompetensi.

4. Akhbar khususnya versi internet tentang perkembangan semasa membabitkan politik, ekonomi dan sosial tempatan.

5. Akhbar khususnya versi internet tentang perkembangan semasa membabitkan politik, ekonomi dan sosial antarabangsa.

Bahan bacaan nombor 1 dan 2, secara tanpa halangan, akan merawat diri, memberi kekuatan dan menyamankan jiwa. Bahan bacaan nombor 3 mesti dibaca walaupun agak menjemukan.
Bahan bacaan nombor 4 dan 5 boleh menghuru-harakan otak, merobek kedamaian peribadi, menyebabkan susah hendak tidur, dan lidah berbelit antara zikir dan ‘tercarut’. Namun ia tetap wajib dibaca kerana ia senjata di zaman era fitnah Dajjalic semasa.

Agar bacaan 4 dan 5 tidak memusnahkan diri, bacaan 1 dan 2 mesti kukuh setiap hari......UstazCambodia
author

Ucapan Dari Admin

Terima kasih kerana memberi sokongan, Banyak kekurang dalam blog ini sebab saya pun masih sangat baru dalam dunia IT ini, dapat banyak ini pun kira alhamdulillah, Akhir kata saya kalau sesiapa yang ingin melancong Jom pergi kemboja, kata orang menyaksikan kehidupan orang yang lebih fakir dari kita membuatkan nikmat kesyukuran mudah dirasai.

0 comments:

Post a Comment