Gambar Sungai Yang Dikatakan Sungai Susu

1 comments
Benarkah kejadian 'sungai susu' ni benar-benar berlaku? Apakah yang menyebabkan sungai berkenaan bertukar warna menjadi putih seakan-akan warna air susu..Haa, kalau nak tahu apa fenomena yang menyebabkan keadaan tu berlaku, meh usha kat bawah ni..


Untuk pengetahuan anda, air sungai berkenaan bukanlah air susu dan tiada kejadian atau fenomena semulajadi yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Punca sebenar keadaan air sungai tersebut bertukar menjadi putih adalah disebabkan pencemaran lateks asli yang berlaku kira-kira 2 kilometer di Sungai Quxi yang terletak di selatan-timur China.
Hal ini berlaku disebabkan kecuaian salah satu syarikat perdagangan yang diberi hak untuk menjalankan operasi memunggah getah di sungai dan mereka bertanggungjawab dalam menyebabkan air sungai berubah menjadi warna putih.


p/s: Warna air ja yang putih macam warna susu, bukan boleh buat minum pun..sumber
author

Ucapan Dari Admin

Terima kasih kerana memberi sokongan, Banyak kekurang dalam blog ini sebab saya pun masih sangat baru dalam dunia IT ini, dapat banyak ini pun kira alhamdulillah, Akhir kata saya kalau sesiapa yang ingin melancong Jom pergi kemboja, kata orang menyaksikan kehidupan orang yang lebih fakir dari kita membuatkan nikmat kesyukuran mudah dirasai.

1 comments:

  1. mesti busuk bau air sungai tu kan..bau lateks(getah) tau2 je la camne kan..tapi ade jugak orang guna air tu buah basuh barang rupanya..bahaya tu :(

    ReplyDelete