Janji Demokrasi: 2 Lagi Ditahan Polis

0 comments
Dua lagi individu yang dikehendaki polis membawa bendera ‘Sang Saka Malaya’ semasa Himpunan Janji Demokrasi pada malam Ambang Merdeka minggu lepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria berkata, kedua-dua individu yang masing-masing berumur 24 tahun itu ditahan polis selepas menyerah diri pada jam 2.30 petang tadi.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan dan polis akan menyiasat tindakan susulan sewajarnya yang akan dikenakan berdasarkan hasil siasatan.

“Setelah semua keterangan yang diperlukan untuk siasatan selesai direkodkan, mereka mungkin dibebaskan selewat-lewatnya malam ini dengan jaminan polis seperti mana empat individu yang menyerah diri sebelum ini,” katanya.

Aziz berkata, kedua-dua individu itu hadir menyerah diri bersama peguam mereka untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah pula berkata, sebanyak 325 laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

Beliau juga menjelaskan, setakat ini, daripada 11 orang yang gambar mereka disiarkan, sudah enam orang tampil menyerah diri.-7/9/2012 – agendadaily.com
author

Ucapan Dari Admin

Terima kasih kerana memberi sokongan, Banyak kekurang dalam blog ini sebab saya pun masih sangat baru dalam dunia IT ini, dapat banyak ini pun kira alhamdulillah, Akhir kata saya kalau sesiapa yang ingin melancong Jom pergi kemboja, kata orang menyaksikan kehidupan orang yang lebih fakir dari kita membuatkan nikmat kesyukuran mudah dirasai.

0 comments:

Post a Comment